NADI Mahir Jahit Minggu 13

18 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2025 (Sabtu) telah diadakan kelas NADI Mahir Jahit untuk minggu yang ke-13. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Topik yang dikongsikan pada minggu ini adalah bagaimana cara untuk memotong kurung pesak dan kain susun. Antara peralatan yang diperlukan untuk kelas ini adalah fabrik, gunting kain, jarum peniti, kapur, pembaris dan pita pengukur. Semua peralatan jahitan telah disediakan di NADI kecuali fabrik.

Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali