Bengkel Tiny Techies – Bengkel Dalam Talian FS4A Siri SQL & Program Mentor Sesi ke-4
19 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mei 2025 (Ahad) telah diadakan Bengkel Tiny Techies – Bengkel Dalam Talian FS4A Siri SQL & Program Mentor Sesi ke-4. Bengkel diadakan secara atas talian bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari.
NADI Kampung Jeriah telah menyertai kumpulan Sarawak B. Bagi sesi untuk sekolah menengah, seorang pelajar Tingkatan 2 telah menyertai sesi tersebut. Manakala, bagi sesi sekolah rendah, seramai 2 orang pelajar Tahun 6 dan seorang pelajar Tahun 4 telah menyertai sesi tersebut.
Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: