Kelas Kesedaran e-Sukan Mei 2025

19 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2025 (Ahad), NADI Kampung Jeriah telah mengadakan Kelas Kesedaran e-Sukan untuk bulan Mei 2025 bermula pukul 2:00 petang sehingga pukul 2:30 petang. Kelas tersebut telah dijalankan secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah dan dihadiri oleh enam orang peserta.

Terdapat dua modul yang dikongsikan pada kali ini. Modul pertama bertajuk “Scammer & Perangkap Dunia Gaming - Lindungi Diri, Lindungi Akaun”. Melalui sesi ini, peserta didedahkan dengan penipuan dalam permainan digital, siapa yang menjadi sasaran dan jenis-jenis scam gaming.

Manakala modul kedua pula bertajuk “Toksik Atau Terbuka? - Budaya Komunikasi Selamat Dalam Komuniti E-Sukan”.Modul ini membincangkan tentang isu komunikasi toksik dalam dunia e-Sukan dan bagaimana membentuk budaya komunikasi yang sihat.

Diharapkan kursus seperti ini bermanfaat untuk peserta seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

kembali