Mahir Masak Minggu 2
19 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2026 (Isnin), telah diadakan kelas NADI Mahir Masak untuk minggu yang kedua. Kelas ini telah disertai oleh tiga orang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas Mahir Masak ini telah diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Untuk kelas minggu yang kedua ini, para peserta telah diperkenalkan dengan mesin dan peralatan mahir masak yang terdapat di NADI. Kegunaan setiap mesin dan peralatan telah diterangkan dengan terperinci sewaktu kelas berlangsung. Selain itu juga, SOP dan keselamatan sewatu amali memasak dijalankan turut dititikberatkan oleh tenaga pengajar mahir masak untuk memastikan keselamatan para peserta sentiasa terjaga sepanjang kelas mahir masak ini berlangsung.
Diharap kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: