Open Tuition Bahasa Melayu

22 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2026 (Khamis) telah diadakan Open Tuition Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 secara atas talian. Program Open Tuition ini telah disertai oleh seorang pelajar tingkatan 1, 2 orang pelajar tingkatan 3 dan seorang pelajar tingkatan 1. Kesemua peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Open Tuition ini bermula pada pukul 3:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Antara pengisian Open Tuition Bahasa Melayu pada kali ini adalah untuk pelajar tingkatan 1, topik pada kali ini adalah kata nama. Kata nama terbahagi kepada 3 iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Untuk pelajar tingkatan 3 pula, kelas pada hari ini telah membincangkan tentang kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Yang terakhir, untuk pelajar tingkatan lima, topik pada hari ini adalah berkenaan dengan kata perintah. Modul pembelajaran turut disediakan kepada pelajar yang mengikuti Open Tuition Bahasa Melayu ini.

Diharapkan program seperti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan mempraktikan ilmu dan tips yang telah dipelajari untuk menjawab soalan Bahasa Melayu pada peperiksaan yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali