Mahir Masak Minggu 3

26 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2026 (Isnin), telah diadakan kelas NADI Mahir Masak untuk minggu yang ketiga. Kelas ini telah disertai oleh dua orang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas Mahir Masak ini telah diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Untuk kelas minggu yang ketiga ini, para peserta telah diperkenalkan dengan pembuatan mocktail dan coffee. Mocktail merupakan sejenis minuman tanpa alkohol terdiri daripada campuran buah-buahan dan juga perasa yang bebas alkohol. Ramuan dalam mocktail adalah terdiri dari buah-buahan seperti tembikai, nenas, apple, oren, delima dan juga bahan lain yang berasaskan sayur-sayuran. Untuk resepi yang kedua pula, para peserta dikehendaki untuk menyediakan coffee ala cafe seperti mocha, latte, americano, cuppucino yang dihidang panas atau sejuk.

Diharap ilmu yang dikongsi oleh tenaga pengajar dapat dipraktikkan serta dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali