Mahir Pertanian Pintar Minggu 3
28 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 Januari 2026 (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Pertanian Pintar minggu yang ketiga. Kelas Mahir Pertanian Pintar ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Untuk kelas minggu yang ketiga ini, peserta diperkenalkan dengan asas kesuburan tanah dimana asas kesuburan tanah memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan tanaman kerana ia dapat membekalkan kuantiti dan bahagian unsur kimia penting (nutrien) dan air yang mencukupi untuk pertumbuhan tanaman tertentu yang optimum yang diatur oleh sifat kimia, fizikal dan biologi tanah. Pada kelas kali ini juga, para peserta turut didedahkan dengan jenis-jenis tanah yang terdapat di Malaysia seperti tanah aluvium, tanah laterit, tanah gambut, tanah berpasir, tanah berbatu dan cetek dan tanah berkapur.
Diharap ilmu yang dikongsi oleh tenaga pengajar dapat dipraktikkan serta dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: