Webinar Cybersecurity - Cara Menangani Ancaman Siber

29 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Januari 2026 (Khamis), telah diadakan webinar NADIxCybersecurity bertajuk Webinar Cybersecurity - Cara Menangani Ancaman Siber yang bermula pada jam 3:00 petang sehingga jam 4:30 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai webinar tersebut.

Webinar ini membincangkan tentang cara menangani ancaman serangan siber. Webinar ini juga turut mengupas isu sebenar ancaman siber dan langkah pencegahan yang praktikal. Turut dibincangkan adalah jenis-jenis serang siber terkini dan tips mudah untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa serangan siber.

Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali