dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Jeriah, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Advokasi Pasca PT3 Di SMK Sungai Merah Sibu

27 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2016 yang lalu, Pusat Internet (PI) Kg. Bandong, Sibu telah mneganjurkan Program Advokasi Pasca PT3 di SMK Sungai Merah Sibu. Beberapa staf dari PI yang terdekat seperti PI Sibu Jaya, PI Rantau Panjang, PI Meradong dan PI Bawang Assan turut serta dalam program ini. Seramai 117 orang pelajar Tingkatan 3 dan 7 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program Advokasi ini dijalan selama 2 jam setengah ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video, Kuiz KDB, Games KDB, taklimat mengenai Pertandingan Mencipta Video MyKomuniti Kreatif dan Poster Dakwah Digital, Pendedahan terhadap aplikasi Pokemon Go, E-Sisa dan memperkenalkan aplikasi Check Your Label. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PI Bandong kepada warga sekolah. Di samping itu para pelajar dapat mengetahui cara penggunaan internet secara positif dan menarik minat pelajar untuk menyertai pertandingan Mencipta Video MyKomuniti Kreatif dan Poster Dakwah Digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.